» » Mangsa banjir 2014 jadi gelandangan di Kelantan


Selain menyelamatkan ibunya, Mohd Zafian Abdullah juga sempat memastikan kucing kelabu miliknya, Labu turut selamat. Tetapi semua yang lain miliknya termasuk rumah sendiri, musnah dalam banjir paling teruk pernah melanda Malaysia dalam beberapa dekad.

Kini mereka bertiga tinggal di khemah sementara, yang dibina daripada besi buruk dan kepingan plastik.

Berdekatannya, seorang balu sudah tua, Hasnah Mohamad, berjalan keliling kampungnya yang musnah, berbual dengan jiran untuk menghabiskan masanya. Dia tiada rumah untuk dibersihkan mahupun harta benda untuk diselamatkan daripada musnah, dan duduk bersahaja hanya akan membuatkannya tertekan.

Pada saat Putrajaya menghitung kos kemusnahan akibat banjir baru-baru ini, penduduk Kampung Dusun Nyior di Kuala Krai, Kelantan yang kini tiada tempat tinggal, sudah bersedia untuk membina khemah di kampung mereka yang rata dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan mendatang tanpa sebarang keperluan asas.

Kampung yang kecil itu, terletak jauh di dalam ladang kelapa sawit dan sangat terpencil di mana ia tidak dapat dijumpai pada peta, dan ia hampir dibinasakan sepenuhnya selepas sungai Kelantan bersebelahannya melimpahkan air, memecahkan tebingnya dan meranapkan rumah mereka dua minggu lepas.

Rumah-rumah kayu yang dulunya pernah berdiri kini berganti dengan khemah usang diperbuat daripada bahan yang didermakan, tikar jerami dan kayu-kayan yang baru didirikan untuk tempat tinggal penduduk kampung yang tiada tempat berteduh dan tiada wang untuk membina semula rumah mereka.

Zalfian, 26, menyiku kucingnya bermata kuning (bernama Puma yang berlalu pergi) berdengkur di sampingnya.

"Saya membawanya bersama ke pusat pemindahan; Saya tidak boleh membiarkan kucing ini ketika banjir melanda,” katanya.

Kini rumah kecil, dibina daripada logam kecil yang diperbuat daripada rangka logam yang dikutip di kawasan tanah perkuburan berdekatan, manakala tarpaulin plastik di atas kepalanya didermakan.

Dia berkata, rumahnya tertanam di bawah timbunan runtuhan. 


"Apa yang saya lakukan sekarang adalah makan dan tidur, dan membersihkan bahagian asas. Saya pun tidak tahu bila saya boleh mula bekerja kerana gerai tempat kerja saya binasa disebabkan banjir. Tentu sekali bukan pada bulan depan," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Saya tidak ada modal. Jadi saya hanya tinggal di khemah melainkan jika mendapat bantuan daripada kerajaan," kata Zafian, seorang pembuat dan penjual roti canai untuk sara kehidupannya.

Dia berterus-terang berkata tidak mungkin dapat membina rumah baharu dengan simpanan yang tidak mencukupi.

Setakat ini makanan tidak menjadi masalah untuk lebih 50 penduduk Kampung Dusun Nyior kerana sumbangan mencurah-curah daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan beberapa kali sehari sejak banjir reda minggu lepas.

Tetapi bagi seorang balu seperti Hasnah Mohamad, 60, beliau tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku ke atas dirinya dan dua anaknya sebaik saja bekalan makanan dihentikan dan dia dibiarkan untuk menyara keluarganya seorang diri.

Rumah mereka dihanyut arus banjir tanpa belas kasihan, kini dia dan anaknya - salah seorang daripada mereka buta dan kurang upaya mental tinggal di salah satu daripada khemah yang berselerakan di kampung yang musnah itu.

"Saya melihat banjir menelan rumah saya dengan mata saya sendiri pada malam itu. Air itu seperti gelombang besar. Perabot terangkat, berputar dalam arus air deras. Paras air begitu tinggi membolehkan awak memetik kelapa secara terus dari bot.

"Sekarang ia sudah tiada, tetapi saya tidak tahu apa yang akan kami lakukan. Semuanya terpulang kepada Allah. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk kami. Saya hanya tidak mahu melaluinya lagi," kata Hasnah, menitiskan air mata.

Sedang dia mengesat mukanya dengan tudung, Hasnah berkata dia tidak mempunyai sumber pendapatan selain apa yang tiga anaknya yang menetap jauh di lain negeri kirimkan kepadanya, sambil menambah dia berdoa supaya kerajaan membantu membina semula rumahnya.

"Saya mempunyai sedikit wang, wang yang sangat sedikit. Malah sebelum banjir melanda, saya hanya ada makanan mencukupi untuk kami bertiga. Saya hilang pekerjaan selama lima tahun; suami saya meninggal dunia pada 19 September, 1992,” katanya.

Hidup Hasnah menjadi lebih teruk sejak banjir. Pada waktu malam, dia hanya dapat melelapkan mata dalam beberapa jam di dalam khemah yang sempit.

Hanya bunyi deruan enjin atau hujan, mengejutkan dan segera membuatkannya terjaga dan menimbulkan ketakutan sekiranya banjir datang lagi.

Pada siang hari, tanpa meninggalkan rumah untuk dibersihkan, Hasnah berkata dia menghabiskan masanya berjam-jam merayau di sekitar kampung dan berbual dengan jiran.

"Jika saya hanya duduk diam, saya akan rasa tertekan. Jadi saya berjalan, saya berbual dengan orang lain, saya masak untuk semua orang," katanya sambil menunjuk ke arah dapur di atas meja yang berada di tempat terbuka.

Jirannya, Noriah Hussain, 63, adalah salah seorang daripada beberapa penduduk kampung yang rumahnya bertahan daripada banjir.


"Saya tidak fikir rumah itu akan bertahan lebih lama. Panel siling jatuh kerana ia disaluti lumpur, "kata Noriah kepada The Malaysian Insider.

"Saya akan berpindah, sekarang saya hanya menunggu anak saya untuk selesai mendapatkan khemah,” katanya.

Noriah berkata keluarganya membina rumah kayu itu lebih 30 tahun lalu, dan dengan hati yang berat dia kini terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Pada mulanya, dia fikir dia boleh terus tinggal di dalamnya, dan dengan bantuan beberapa sukarelawan, berjaya membersihkan hampir separuh lumpur tebal yang menyaluti lantainya dengan menggunakan pinggan makannya sendiri.

Tetapi dengan keadaan rumahnya yang kelihatan seperti hendak runtuh, Noriah, seperti jiran-jirannya, kini mengharapkan bantuan kerajaan untuk menyelamatkannya daripada terpaksa hidup di jalanan selamanya.

"Saya tidak mempunyai simpanan yang banyak; Saya seorang balu dan berhenti bekerja di ladang kelapa sawit sejak 2006. Jika kerajaan tidak membantu saya, saya akan hidup seperti ini sehingga mati,” katanya.

Tidak seorang pun penduduk di Kampung Dusun Nyior yang ditemubual The Malaysian Insider tahu bila kerajaan akan mula menyediakan bantuan kepada mereka untuk membina semula rumah dan tiada yang optimistik bantuan akan datang bila-bila masa tidak lama lagi.

Mereka berkata, jika tiada bantuan disalurkan untuk masa akan datang, mereka hanya akan menghabiskan hayat mereka di khemah.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .