» » 12 mangsa terbunuh diserang lelaki bersenjata di Paris kerana sentimen agama


Lelaki bersenjata dan bertutup kepala menyerbu pejabat sebuah majalah satira mingguan yang terkenal dengan persendakan radikal Islam, membunuh sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk dua anggota polis dalam serangan militan yang paling teruk di Perancis dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Salah seorang daripada lelaki bersenjata itu dirakam dalam video menjerit "Allah!" sewaktu empat das tembakan bergema.

Dua penyerang itu kemudiannya dilihat meninggalkan tempat kejadian.

Charlie Hebdo (Mingguan Charlie) terkenal kerana mencetus kontroversi dengan mempersendakan pemimpin politik dan pemimpin agama dan telah menerbitkan banyak kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad.

Dalam tweetnya, ia mempersendakan Abu Bakr al-Baghdadi, pemimpin militan Negara Islam, yang menguasai sebahagian besar wilayah Iraq dan Syria.

Presiden Perancis Francois Hollande menyifatkannya sebagai serangan pengganas.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .