» » 'Kerajaan tidak tangani punca sebenar kejatuhan ringgit'


Semakan Belanjawan 2015 oleh Putrajaya "mengecewakan" kerana tidak menangani kejatuhan ringgit yang disebabkan kejatuhan harga minyak yang kini berada pada paras AS$48 setong, kata PKR hari ini.

Menurut Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, semakan itu juga tidak mengandungi pemotongan peruntukan RM7 bilion Jabatan Perdana Menteri.

Sebaliknya, langkah menyelamatkan RM400 juta dengan membekukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun ini terlalu kecil dan tidak membantu negara, kata ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau yang juga naib presiden PKR berkata, kejatuhan nilai ringgit sebenarnya disebabkan penurunan harga minyak.

"Merisaukan apabila kita ada perdana menteri yang mengumumkan negara tidak menghadapi krisis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"Saya risau sama ada jika beliau faham magnitud dan graviti nilai ringgit RM3.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

"Jika beliau nafikan, sudah tentu respons beliau hari ini tidak mencerminkan iltizam politik dan keperluan menangani kejatuhan ringgit," katanya .

Beliau memberi amaran, ringgit yang kini berada pada paras terendah sejak lima tahun lalu, RM3.60 berbanding dolar AS, boleh terus jatuh kepada RM3.70 dalam beberapa bulan, menyamai kadar ketika krisis kewangan Asia pada 1997/1998.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .