» » 'Ibu bapa jangan hanya harap biasiswa kerajaan sahaja'


Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan ibu bapa agar memperuntukkan simpanan untuk pendidikan anak-anak dan tidak terus bergantung kepada kerajaan.

Isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata, berdasarkan pengalamannya menemui penuntut di luar negara, masalah yang sering dihadapi mereka ialah biasiswa yang tidak mencukupi.

"Tidak mesti mengharap pada kerajaan saja. Kita juga bertanggungjawab memberi yang terbaik kepada anak-anak kita.

"Saya tahu kerajaan banyak sediakan biasiswa, tetapi kalau tidak dapat kerajaan juga salah, dapat sikit kerajaan juga salah.

"Saya memang selalu ikut suami saya berjumpa penuntut luar negara negara. Apa masalah? Tidak cukup biasiswa. Tidak cukup memanjang," katanya ketika berucap merasmikan Pelaburan ASB2 Anak-anak Permata Negara di Putrajaya hari ini.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .