» » Utusan Malaysia tidak gentar pada saman Adnan Yaakob.


Utusan Malaysia berkata mereka sudah lali dengan kes mahkamah dan menerima dengan terbuka saman terbaru oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Awang Selamat, suara rasmi akhbar itu, berkata mereka tidak takut dan pada masa sama menghormati tindakan Adnan membawa perkara ini ke mahkamah.

“Biar apa pun dugaan, obor perjuangan ini tidak akan padam dengan satu mahupun 1,000 saman.

"Ini semua akan menjadikan kami lebih cekal dan kuat, insya-Allah. Ada hikmahnya,” tulis Awang Selamat.

Adnan sebelum ini memfailkan saman sivil ke atas Utusan yang dimiliki partinya Umno.

Saman itu difailkan ekoran ulisan lidah pengarang oleh Awang Selamat, bertajuk "Hebat sangatkah Adnan?" yang mengkitik pentadbirannya.

Kebebasan bersuara

Sementara itu, Awang Selamat dalam tulisannya mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan menyerahkan kepada mahkamah menilai perkara sebenar.

”Banyak yang boleh terdedah untuk dinilai.

“Terima kasih kepada semua kerana berdiri teguh bersamaUtusan.

Ia begitu besar maknanya kepada kebebasan bersuara dan dalam mendukung integriti, demi rakyat dan negara,” tulis Awang Selamat, seperti dilaporkan akhbar itu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .