» » 'Saya sayangkan UMNO tetapi saya tidak ampu dan sokong kemungkaran'


Pemimpin akar umbi kontroversi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan menyelar kembali gesaan Pemuda Umno Pulau Pinang supaya beliau dikenakan tindakan ekoran mengkritik kepimpinan negeri sebagai “tidur”.

Khairuddin, naib ketua Umno Batu Kawan, berkata kenyataan ketua pergerakan Pemuda negeri Rafizal Abdul Rahim terhadapnya melambangkan amalan “politik mengampu”.

Khairuddin (kanan) malah menyifatkan Rafizal sebagai “budak hingusan” dalam politik, tidak terbuka dan tidak boleh ditegur.

“Saya dilahirkan dalam keluarga Umno yang amat saya menyayangi Umno. Darah yang mengalir dalam tubuh saya adalah darah Umno.

“Siapa dia Rafizal yang nak suruh saya keluar daripada Umno,” katanya.

Utusan Online semalam melaporkan Rafizal sebagai mendesak Umno Pulau Pinang bertindak dan mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu Khairuddin menggunakan portal “propembangkang” menyerang Umno.

“Mungkin sudah tiba masa­nya Khairuddin keluar daripada Umno dan menyertai pakatan pembangkang kerana tindakannya seolah-olah menyerang Umno dari dalam,” Rafizal dipetik sebagai berkata.

7 hari sebelum saman

Dalam kenyataannya hari ini, Khairuddin menegaskan terpaksa bercakap benar demi menjaminkan kelangsungan “ketuanan Umno” di Pulau Pinang.

Malah, jelasnya, beliau tidak pernah berkata semua pemimpin Umno negeri tidur dan hanya menyebut segelintir sahaja.

Khairuddin juga berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizal kerana mendakwanya tidak pernah balik menghadiri program bahagian dan negeri.

“Sayalah orang yang tinggal di Kuala Lumpur yang rajin balik ke bahagian saya hampir setiap minggu. Ini satu fitnah besar yang dilemparkan kepada saya oleh Saudara Rafizal!

“Saya menuntut Saudara Rafizal menarik balik serta memohon maaf secara terbuka kepada saya dalam masa tujuh hari,” katanya.

Malaysiakini pada 17 Disember melaporkan Khairuddin sebagai memberi amaran bahawa BN berhadapan kemungkinan kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang kerana presidennya Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin "tidur".

Sebelum ini, Khairuddin turut mencetuskan kontroversi selepas membuat laporan polis (atas) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebuah syarikat pelaburan cetusan ideal perdana menteri.

Beliau dilapor mendakwa 1MDB menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan serta mahu siasatan terperinci dan komprehensif bagi mengenal pasti punca masalahnya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .