» » Tolak cadangan pengusaha stesen minyak tentukan harga minyak mereka sendiri


Datuk Seri Hasan Malek berkata pengusaha stesen minyak tidak akan diberikan autonomi untuk menentukan harga minyak sendiri walaupun langkah itu dikatakan mampu membantu rakyat menikmati harga minyak lebih rendah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, hanya Putrajaya yang mempunyai kuasa menentukan harga minyak.

"Tidak boleh, harga ini ditentukan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur mengenai cadangan pengusaha minyak diberi kuasa menentukan harga sendiri.

Semalam, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan syarikat minyak yang beroperasi dibenarkan menentukan harga sendiri supaya dapat "bersaing antara satu sama lain" dalam menawarkan harga runcit di stesen minyak.

Pengusaha stesen minyak boleh menawarkan harga yang lebih rendah dari harga siling, yang mana boleh dilihat diamalkan di negara maju lain.

"Dengan cara ini, ia membolehkan satu persaingan di antara pengusaha minyak, selain memberi banyak pilihan kepada pengguna," kata Dzukefly di Kuala Lumpur semalam.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .