» » Pengguna di K.T'ganu paling aktif melayari laman lucah


Pornografi dilaporkan amat popular di negeri pantai timur Terengganu dan Kelantan, berdasarkan jumlah masa dihabiskan melayari bahan itu di satu laman web di mana pengguna di Kuala Terengganu mencatatkan jumlah klik tertinggi setiap minit.

Menurut laporan The Star hari ini, memetik statistik daripada syarikat video dewasa online 'Pornhub', pengguna di bandar itu meluangkan purata 12 minit dan 58 saat menonton atau mencari bahan pornografi visual.

Manakala pengguna di Kuala Lumpur merupakan kedua tertinggi pada 12 minit 29 saat, diikuti Kota Baru dan Miri masing-masing 12 minit 27 saat.

Purata masa yang dihabiskan melayari pornografi di empat bandar ini lebih tinggi daripada purata masa bagi Malaysia sendiri iaitu 12 minit 5 saat, lapor akhbar itu.

Filipina mendahului senarai syarikat itu sebagai salah satu negara dengan pengguna Pornhub paling tinggi atau paling lama di dunia.

Negara Asean lain ialah Myanmar (10:54 minit), Indonesia (10:11), Singapura (9:50), Brunei (9:45), Laos (8:28), Vietnam (8:24), Thailand (8:15) dan Kemboja ( 8:07).

Naib presiden Pornhub Corey Price bagaimanapun memberitahu The Star, beberapa negara mungkin mencatatkan masa yang lebih lama setiap kali pergi ke laman web itu kerana pengguna mengambil masa yang panjang mencari jenis video yang dikehendaki.

Katanya, ini tidak menghairankan, memandangkan "laman kami menawarkan banyak kepelbagaian."

Price berkata, ada juga kemungkinan masa yang panjang dihabiskan sesetengah pengguna yang menonton sesuatu video dalam tempoh masa yang lama.

“Bagaimanapun, bagi membuktikan perkara ini, anda perlu semak dan bandingkan angka itu dengan jumlah paparan halaman setiap kali melayari laman itu," katanya.

Angka bagi Malaysia ialah sebahagian daripada laporan global Pornhub yang direkodkan baru-baru ini.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .