» » Mahu kerajaan lebih tegas tehadap kebanjiran pendatang haram di Malaysia


Kerajaan perlu berpendirian tegas dalam mengendalikan isu berkaitan pendatang tanpa izin di negara ini, termasuk yang berada di Sabah, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata pendatang asing tidak harus dibenarkan datang ke negara ini dan keluar sesuka hati memandangkan undang-undang negara ini mesti dihormati.

Berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah yang diumumkan baru-baru ini, beliau berkata:

"Laporan adalah laporan. Bagaimanapun saya berpendapat kita semua mesti memberi perhatian kepada laporan RCI dengan fikiran terbuka. Jika anda bertanyakan saya, kita perlu berpendirian amat tegas terhadap pendatang tanpa izin," katanya.

Abdul Gani bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pra pelancaran Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) cawangan Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan laporan RCI pada 3 Disember di Kota Kinabalu.

Namun begitu, Abdul Gani mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak pendatang, sama ada yang sah atau tanpa izin, dan tidak menganiayai mereka.

Berhubung keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan cadangan untuk memperkukuhkannya, peguam negara berkata beliau akan memberi pandangannya kepada kerajaan dan beliau yakin keputusan akan dibuat demi kebaikan rakyat selepas kerajaan mendengar pelbagai pandangan.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .