» » Langkah antirasuah tutup kelemahan penguatkuasaan terhadap "skandal besar" dalam M'sia


Walaupun mengalu-alukan peningkatan positif dalam indeks rasuah, PKR menyuarakan kebimbangannya terhadap kelemahan penguatkuasaan terhadap "skandal" besar dalam negara.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, tanpa tangkapan dan pendakwaan, usaha kerajaan hanya langkah “menggilap imej”.

Anggota parlimen Pandan itu membangkitkan berhubung angka statistik kerajaan yang didakwanya berbeza sama sekali dengan realiti masyarakat.

Rafizi berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak “agak lucu” apabila mendabik dada dengan peningkatan tiga anak tangga di kedudukan 50 daripada 175 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) baru-baru ini.

Memetik Presiden Transperency International-Malaysia Datuk Akhbar Satar, Rafizi menegaskan bahawa perubahan itu turut disumbangkan media atas talian dan media sosial selain aktivis yang menyiasat dan mendedahkan perlakuan rasuah.

"Oleh itu, pertambahan dua mata yang menaikkan kedudukan tiga tangga itu bukanlah bermaknana Putrajaya telah melakukan reformasi yang berkesan dalam membanteras rasuah.

“Ia juga tidak bermakna rasuah telah berkurangan di negara ini,” katanya.

Beliau juga memuji kepimpinan Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menurutnya berjaya meningkatkan kesedaran bagi mengurangkan rasuah.

"Di bawah kepimpinan beliau, SPRM juga menjalankan banyak program untuk mendekati rakyat dan mendidik rakyat mengenai rasuah," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .