» » Gesa polis dedah hasil siasatan terhadap 1MDB


Pihak berkuasa, termasuk polis, digesa mendedahkan perkembangan siasatan terkini skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada umum kerana melibatkan kepentingan wang rakyat bernilai sehingga RM42 biliom, kata N Surendran.

Naib Presiden PKR itu berkata, siasatan skandal kewangan yang belum pernah terjadi itu perlu dilakukan secara profesional dan mengikut proses undang-undang yang sewajarnya.

"Pihak berkuasa perlu bersuara tentang perkembangan siasatan kerana ia keutamaan negara. Rakyat berhak tahu kebenarannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 13 Disember lalu dilaporkan berkata, pihaknya mengarahkan siasatan terhadap 1MDB selepas laporan polis dibuat Ketua Bahagian Umno Batu Kawan di Pulau Pinang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Khalid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur sehari sebelumnya.

Ahli Parlimen Padang Serai itu bagaimanapun berkata, sehingga kini masih tidak ada berita perkembangan siasatan itu, sebaliknya timbul spekulasi mengatakan wujud perbincangan sulit antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pendahulunya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Najib perlu mengesahkan sama ada pertemuan itu benar-benar berlaku dan mendedahkan butiran pertemuan, termasuk hasil perbincangan dengan Mahathir.

"Sama ada Mahathir mahu pun Najib tidak menafikan perbincangan itu. Jika benar pertemuan sulit itu menimbulkan persoalan serius terhadap siasatan yang masih berjalan," katanya.

Katanya, campur tangan Dr Mahathir tidak boleh diterima kerana mampu mengganggu siasatan 1MDB, tambahan bekas Pengerusi Umno itu menggunakan isu tersebut hanya untuk memberi tekanan politik terhadap Najib.

Laporan The Malaysian Insider semalam mendedahkan berlakunya pertemuan misteri antara Najib dengan Dr Mahathir pada Sabtu lalu, selepas perkara itu dibangkitkannya berulang kali menerusi tulisan di blognya, Chedet dan merungut mengenai operasi 1MDB dalam sidang media.

“Ia perjumpaan yang mesra. Perdana menteri berpuas hati dengan pertemuan itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pada masa sama ia juga berlaku ketika ringgit jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), yang menyebabkan sebahagian hutang 1MDB dalam mata wang itu semakin membesar.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .