» »Unlabelled » CEO GLC Antara Didakwa Pecah Amanah Lebih RM9 Juta


Dua individu, masing-masing ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemilik syarikat perkapalan tempatan ditahan pada Isnin kerana kesalahan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM9 juta.

Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati CEO berkenaan melakukan kesalahan pecah amanah membabitkan harta milik GLC, manakala individu kedua pula bersubahat dalam melakukan kesalahan itu.

Kedua-duanya didapati melakukan kesalahan itu pada 2012 di pejabat GLC berkenaan yang terletak di Lembah Klang.

Meraka juga dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin mengesahkan perkara itu.

Sumber memberitahu mStar Online, pendakwaan ke atas dua individu berkenaan adalah sebahagian kes membabitkan sektor swasta yang disiasat SPRM.

"Sehingga kini, hampir 10 orang didakwa SPRM membabitkan kes sektor swasta," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .