Beberapa sekolah agama negeri di Terengganu mengalami pemotongan bekalan air dan elektrik kerana kekurangan wang bagi menjelaskan bil utiliti tersebut, menurut laporan Harakahdaily hari ini.
Melalui satu jawapan bertulis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerajaan negeri berkata, sebahagian sekolah sudah meminta peruntukan daripada Putrajaya tetapi jumlah yang diberi tidak mencukupi.
Katanya, sekolah kekurangan kewangan bagi membayar bil air dan elektrik susulan arahan Kementerian Pelajaran supaya mereka menguruskan pembayaran sendiri setelah bantuan kewangan disalurkan.
"Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah berkenaan membuat rayuan tambahan peruntukan daripada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran bagi bayaran bil-bil utiliti.
"Sebahagian sekolah kemudiannya mendapat peruntukan tambahan daripada BPI berdasarkan kedudukan kewangan BPI.
"Namun demikian, peruntukan tambahan yang diterima masih tidak mencukupi bagi membuat bayaran bil-bil utiliti yang tertunggak," kata kerajaan negeri Terengganu kepada Hadi menurut lidah rasmi PAS itu.
Presiden PAS itu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bermula hari ini bertanya punca kes pemotongan bekalan air dan elektrik di beberapa sekolah agama negeri dan bentuk penyelesaian yang diambil.
Menurut jawapan itu, sebelum tahun 2014, sekolah menengah agama negeri menghantar bil-bil bekalan air dan elektrik, tidak termasuk bil telefon kepada BPI untuk dibuat bayaran kepada syarikat berkenaan.
"Bagaimanapun, mulai tahun ini, BPI memberi bantuan untuk bayaran bil-bil utiliti sekolah sebanyak RM2,000 sebulan dengan memasukkan ke akaun sekolah dan diuruskan bayaran oleh sekolah.
"BPI juga menghantar satu pekeliling ke sekolah bertajuk 'Prosedur Pembayaran Bil Utiliti Sekolah Bantuan Kerajaan di Semenanjung Tahun 2011' melalui surat bertarikh 24 Ogos 2014," katanya.
Hal ini menjadi punca yang menyebabkan sekolah kekurangan kewangan, kata kerajaan negeri, menurut Harakahdaily.

No comments: