Pelakon Fouziah Gous mengakui bahawa dia dan suami, Md Zahfran Mohd Yusof masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Bercinta selepas kahwin membuatkan Fouziah dan suami tidak mahu tergesa-gesa dalam menimang cahaya mata kerana masih dalam ‘mood’ berbulan madu.
“Kami baru sahaja setahun lebih mendirikan rumah tangga. Saya belum habis lagi mengenali hati budi suami.
“Setiap hari ada sahaja perkara baru mengenainya yang baru saya tahu.
“Mengenai cahaya mata pula, kami tidak pernah merancang. Kalau ada rezeki, Alhamdullilah.
“Buat masa sekarang ni biarlah kami menikmati perkahwinan yang masih lagi di tahap mengenali hati budi masing-masing.
“Keluaga kami pun sangat memahami dan tidak bertanyakan mengenai anak. Mereka tahu bahawa kami masih lagi dalam moodberbulan madu,” katanya ketawa.
Fouziah ditemui pada majlis pertunjukan fesyen butik Bianco Mimosa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Sementara itu, sekarang ini Fouziah lebih bersikap selektif dalam pemilihan watak dalam lakonan kerana dia kini sibuk dengan bisnesnya yang terbaru iaitu produk berasaskan sarang burung.
“Sejujurnya saya agak kurang dengan aktiviti lakonan kerana ingin fokus dengan bisnes saya bersama suami. Namun, saya masih lagi menerima tawaran tetapi terpaksa memilih dalam pemilihan watak.
“Tambahan pula saya kini mempunyai keluarga baru dan pemilihan watak perlulah bersesuaian kerana ingin menjaga sensitiviti keluarga.
“Kalau nak ambil tawaran untuk drama bersiri mungkin agak susah kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi. Saya tidak mahu menjejaskan jadual kerja antara lakonan dan perniagaan.
“Kalau diikutkan, sudah lama saya tidak aktif dalam lakonan tetapi tidak pula rasa rindu kerana sibuk dengan bisnes yang saya kendalikan sekarang,” katanya.
No comments: