Mas, 31, yang memerlukan rawatan dialisis terpaksa melakukan dua kerja untuk menampung kehidupan di bandar. jalan, tidak pernah bercuti, sekalipun ke pantai berdekatan. Selepas membayar bil dan mengenepikan wang untuk simpanan, hanya sedikit yang tinggal untuk aktiviti rekreasi.
Lelaki berumur 37 tahun itu merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang tersangkut dengan "ansuran mudah scourge" seperti yang digelar dalam laporan Institut Khazanah tentang pendapatan isi rumah dan perbelanjaan.
Selain itu, institut tersebut mendapati golongan miskin yang bergantung pada pelan pembayaran sebegitu akhirnya membelanjakan lebih wang daripada golongan kaya, bagi barangan sama, akibat kadar bunga tinggi dan ketidakupayaan untuk membayar dalam bentuk tunai.
Bapa yang bekerja sendiri itu berkata, dia mendapat RM100 sehari mencurahkan bitumen, tetapi bukan setiap hari dia mendapat kerja.
Jika bernasib baik, dia boleh mendapat RM2,000 sebulan selepas ditambah dengan gaji kilang isterinya RM800 sebulan, katanya kepada The Malaysian Insider semasa ditemui berdekatan pasar pagi Seri Setia.
Perbelanjaan isi rumah mereka adalah RM350 bagi ansuran bank flat mereka di Ara Damansara selain utiliti, makanan dan perbelanjaan bagi anak yang masih bersekolah, berusia 11 dan 17 tahun.
Nathan berkata, dia mempunyai peralatan moden di rumahnya, termasuk set televisyen, peti sejuk dan mesin basuh, semuanya dibeli dengan pelan bayaran ansuran dua atau tiga tahun dulu untuk menggantikan barang lama.
Apabila ditanya sekiranya dia sedar lebih murah untuk membayar tunai bagi peralatan tersebut, Nathan menjawab dengan nada tinggi: "Tentulah saya tahu itu, tetapi kami tiada duit untuk bayar tunai, kita hidup dengan keperluan asas saja, apa pilihan kami?"
Dia berkata, bil barang runcit yang dulunya RM70 atau RM80 seminggu kini meningkat RM150 dan sebab itulah dia hanya mampu menyimpan RM100 hingga RM200 sebulan, tabiat yPeralatan moden di rumah dibeli menggunakan skim ansuran bulanan, kata buruh kasar Nathan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2014.ang dimulakannya sejak 3 tahun dulu.
Katanya, sekarang ini bukan setiap bulan dia mampu menyimpan.
"Kami tidak pernah pergi bercuti, walau ke Port Dickson sekalipun, itu seperti tidak akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.
"Jadi satu-satunya harapan saya adalah anak saya akan cemerlang di sekolah dan berjaya dalam hidup," katanya dan menambah anaknya yang berumur 19 tahun membantu pekerjaannya selepas berhenti sekolah sejurus menamatkan tingkatan lima.
Keadaan hidup Nathan menggambarkan hasil kajian institut tersebut "The State of Households" yang dikeluarkan awal minggu ini.
Ia menunjukkan ketidaksamarataan dalam pelbagai bidang, termasuk bagaimana golongan kaya membayar lebih sedikit bagi barangan sama kerana mereka mampu membayar tunai.
Skim sewa beli menyebabkan rakyat miskin Malaysia membelanjakan kebanyakan pendapatan mereka, menyebabkan simpanan mereka kecil dan lebih terkesan dengan peningkatan harga, menurut laporan tersebut.
The Malaysian Insider juga bertemu dengan Mas, 31, wanita bujang dari Jengka, Pahang yang bekerja di kedai serbaneka, selain dua lagi pekerjaan dilakukannya supaya dapat menyara hidup di Kuala Lumpur.
Selain bekerja di kedai serbaneka itu dari 8 pagi hingga 8 malam, dia bangun jam 3 pagi untuk memasak nasi lemak yang dibekalkannya kepada kedai makan berdekatan rumahnya di Kelana Jaya.
"Jika bulan itu baik dengan bayaran kerja leboh masa, saya boleh dapat RM1,700 di kedai serbaneka ini, dan RM600 daripada perniagaan makanan saya. Tetapi bukan selalu begitu kerana saya sering ambil cuti sakit dan tidak mampu melakukan kerja lebih masa,” katanya yang memerlukan dialisis tetap kerana masalah buah pinggangnya.
Tanggungan setiap bulannya termasuk RM300 bagi sewa rumah dan bayaran utiliti, serta RM470 dan RM210 bayaran ansuran untuk kereta Proton Saga dan motosikalnya. Dia menggunakan motosikal untuk bekerja dan kereta untuk melawat ibunya di Jengka.
"Saya cuba mengenepikan RM200 setiap bulan sebagai simpanan sebab saya ingin membuka restoran sendiri satu hari nanti, tetapi sering tidak jadi kerana bayaran ansuran kereta saya, jadi pelan perniagaan saya seperti harapan sia-sia saja," katanya.
Mas berkata, dia layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia dan menerima RM300 tahun lepas, tetapi menambah, ia hanya cukup untuk membayar ansuran motosikalnya untuk sebulan.
"Saya rasa kerajaan perlu melihat bagaimana untuk meminta pemilik perniagaan memberi gaji lebih tinggi, jika tidak, keadaan tidak akan bertambah baik bagi orang seperti saya," katanya.
Tanpa slip gaji, Banu dan suaminya yang memandu teksi tidak boleh mendapatkan skim bayaran mudah ditawarkan kedai elektronik. Dia mendapat slip gaji daripada majikannya, tetapi jumlah yang diterimanya tidak melayakkannya untuk skim bayaran tersebut.
Jadi mereka membeli mesin basuh mereka pada harga RM250 dan peti sejuk terpakai dengan RM400, walaupun begitu, pendapatan mereka yang rendah memaksa mereka membayar peniaga RM100 setiap bulan sebagai ansuran.
Sekarang, apa yang dia inginkan ialah set televisyen baru, tetapi tidak mampu membelinya.
Banu, 31, mendapat gaji RM800 sebulan sebagai pencuci. Dengan pendapatan tidak tetap suaminya, mereka membesarkan 3 anak yang bersekolah.
"Suami saya dapat RM150 sehari dan RM50 digunakan untuk sewa teksi dan RM30 lagi untuk diesel. Selepas itu hanya tinggal RM70.
"Disebabkan dia tidak mempunyai slip gaji, kami tidak boleh pergi ke kedai elektrik untuk membeli apa-apa," katanya.
Selepas membayar RM450 sewa rumah dan RM400 untuk barangan runcit setiap bulan, tiada wang yang tinggal untuk disimpan, kata Banu.
Semasa musim perayaan, dia membuat kuih untuk dijual sebagai wang sampingan sementara memikirkan membeli komputer riba untuk anaknya yang berusia 15, 11, dan 10 tahun untuk kerja sekolah mereka.
"Mereka perlukan komputer segera kerana guru mereka kerap meminta mereka mendapatkan maklumat atas talian.
"Walaupun saya tahu kami membayar lebih dengan bayaran ansuran, saya tidak mempunyai pilihan," katanya apabila diberitahu skim ansuran akhirnya menjadi lebih mahal dengan bunga yang lebih.
Enggan berhutang dan menggunakan duit untuk ke kelas menyolek bagi mencapai cita-cita jadi jurumekap, kata pekerja kedai emas Pui Mun
Ibu bapanya menekannya untuk membeli kereta dengan gaji RM2,000 tetapi dia enggan. Sekarang juga dia hampir tidak mampu menyimpan RM1,000 sebulan.
Walaupun begitu, Pui Mun yang baru menamatkan tingkatan lima itu memiliki Samsung Note2 yang baru, dan berkata gajinya juga digunakan untuk membayar kursus solek sebanyak RM6,000 yang dihadirinya setiap hujung minggu.
Katanya, bekerja di kedai emas itu hanyalah kerja sementara sehingga dapat menamatkan pengajian sebagai jurusolek pada April.
"Mungkin pada masa itu saya akan beli kereta," katanya.
sumber

No comments: