» » 'Ahli Parlimen M'sia mahu elaun lebih tinggi'


Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014, yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini, ditarik balik selepas ahli Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mahu kenaikan lebih tinggi elaun bulanan mereka daripada apa yang dicadangkan.

Rang undang-undang dibentangkan bagi bacaan pertama semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk meningkatkan elaun bulanan ahli Parlimen daripada RM6,580.59 kepada kepada RM11,000.

Apabila rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua hari ini, ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak meminta rang undang-undang itu ditarik balik kerana mereka mahu elaun lebih tinggi daripada yang dicadangkan dalam rang undang-undang.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian mengarahkan rehat 15 minit untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya kerana beliau berkata ia akan menyebabkan rang undang-undang kerajaan ditolak, sambil menambah ia akan turut memberi kesan lain.

Apabila persidangan disambung semula, Shahidan berkata beliau menarik balik rang undang-undang itu, yang akan dibentangkan di Parlimen seterusnya pada Mac tahun depan.

Dalam rang undang-undang itu, gaji speaker Dewan Rakyat akan dinaikkan kepada RM20,000 daripada RM14,907.20 manakala gaji timbalan speaker akan dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM10,847.65.

Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2015 jika rang undang-undang itu diluluskan.

Rang undang-undang itu juga melibatkan perbelanjaan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM14.75 juta setahun.

Ia juga mencadangkan elaun bulanan bagi ahli-ahli senat dinaikkan kepada RM7,000 daripada RM4,112.79.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .