» » 'Tiada alasan harga kereta tidak turun selepas GST'


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pemain industri automotif di negara ini tiada alasan untuk tidak menurunkan harga kereta apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan April tahun depan.

Pelaksanaan GST pada kadar 6% bermula 1 April itu bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar keseluruhan 16%.

"Penurunan harga berdasarkan konsep 10% (cukai jualan yang termasuk dalam harga kereta) menjadi 6% amatlah mudah difahami, dan pemain industri tidak sewajarnya mengelak daripada menurunkan harga kereta dengan menjadikan GST sebagai alasan," katanya kepada Bernama.

Mengulas pelaksanaan sistem percukaian di setiap peringkat pengeluaran produk itu, beliau menegaskan cukai input GST boleh dituntut semula berbanding SST yang diguna pakai sekarang.

"Kerajaan telah merangka dasar iaitu harga barangan yang sepatutnya diturunkan harus diturunkan," katanya.

Selain itu, katanya, penurunan harga kenderaan dijangka antara 1% dan 3% tersebut turut disahkan oleh pegawai Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Memang kita jangkakan penurunan harga kereta, tetapi kadar penurunan itu masih belum dapat dipastikan," katanya

Ahmad Maslan turut menyatakan 532 daripada 944 barangan yang dikecualikan daripada GST akan mengalami penurunan harga berdasarkan kepada pengiraan sistem percukaian berlapis SST.

"Pelaksanaan SST menyebabkan harga barang bertambah secara purata menjadi 15% ke 18% daripada 10% yang dikenakan pada asalnya.

"Bagi kumpulan makanan diproses yang dikenakan cukai sebanyak 5%, ia akan menjadi sekitar 8%," kata Ahmad.

Semalam, kerajaan mengumumkan senarai lebih daripada 900 barangan yang dikecualikan daripada GST.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .