» » Seorang lagi pekerja KTMB dipecat dan 11 digantung kerja


Seorang lagi pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat hari ini menjadikan sejumlah 41 orang ditamat perkhidmatan sehingga ini kerana menyertai piket pada 9 Mei lalu.

Manakala 11 pekerja lagi digantung kerja minggu lalu atas alasan yang sama, kata Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM), Abdul Razak Md Hassan hari ini.

Dengan itu, katanya, 27 pekerja KTMB telah digantung kerja sehingga ini kerana menyertai 9 Mei lalu.

Sehubungan itu, katanya, RUM meminta agar krisis antara kesatuan dengan Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir diselesaikan secepat mungkin memandangkan ramai pekerja yang sengsara akibat tindakan pemecatan dan digantung kerja.

“Saya mohon agar pihak KTMB selesaikan krisis ini secepat mungkin kerana pekerja yang dibuang kerja makin sengsara.

“Kalau dibuang kerja, bagaimana nak sara keluarga?,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 9 Mei lepas, kira-kira 700 pekerja KTMB berhimpun di hadapan ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut perkhidmatan Elias ditamatkan.

Lanjutan piket itu, 110 pekerja yang juga ahli RUM diberikan surat tunjuk sebab manakala 41 daripadanya termasuk Abdul Razak, dibuang kerja.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .