» » Kecewa UIAM Larang Sertai Dialog


Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman kesal apabila penganjur hari terbuka Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan menggugurkan namanya menyertai dialog di pusat pengajian itu pada Sabtu ini kerana ‘novel seks’.

Raja Azmi, 55, berkata, alasan diberikan apabila dia pernah menulis novel yang mengandungi fantasi seks melampau sedangkan dia hanya mahu mempromosikan novel terbaharu iaitu Karkuma.

"Saya terkejut apabila pertemuan bersama pelajar-pelajar UIAM Kuantan dibatalkan hanya kerana mereka baru saja membuat kajian pada salah satu novel saya yang diharamkan pada tahun 2001 iaitu Cinta 100 Ela.

"Sedangkan dalam pertemuan bersama pelajar, saya akan mempromosikan novel terbaru saya, Karkuma yang tiada kaitan dengan seks. Apakah mereka kurang membuat kajian tentang hasil karya novel terbaru saya?

"Adakah mereka tidak tahu bahawa saya pernah menghasilkan buku-buku ajaran solat kanak-kanak, komik Anak-Anak Sidek, novel politik," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Bagaimanapun, beritahu Raja Azmi, dia tetap akan meneruskan promosi novel Karkuma dengan membuat pertemuan bersama pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan pada Ahad ini.

"Saya akan membuat sesi dialog bersama pelajar- pelajar di sana dan selain promosi Karkuma, mereka juga berpeluang untuk bertanya sebarang perkara mengenai hal-hal penulisan novel serta dunia seni perfileman," ujarnya.

Sementara itu, Raja Azmi berkata, dia bersama pihak penerbit Karkuma iaitu Merpati Jingga juga memberi ruang kepada mana-mana kampus Institut Pengajian Tinggi yang mahu mengadakan sesi dialog bersama mereka.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .