» » Najib tegaskan pengurangan defisit dalam Bajet 2015


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentingnya langkah berterusan untuk mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan negara mencapai bajet seimbang menjelang 2020.

Menjelang pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat esok, beliau berkata kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, termasuk mengurangkan angkanya kepada 3.5% menjelang akhir tahun dan tiga peratus menjelang akhir 2015.

"Salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang. Kita mesti wariskan ekonomi yang lebih kukuh dan hutang yang lebih kecil.

"Kita mesti lakukan apa yang tepat untuk ekonomi Malaysia, bukan yang popular," katanya dalam satu kenyataan.

Sambil berkata paras subsidi semasa tidak mampan, Najib yang juga Menteri Kewangan memperkukuh komitmennya ke atas rasionalisasi subsidi dengan menyatakan subsidi bahan api meningkat daripada RM1.6 bilion setahun pada 2002 kepada RM2 bilion sebulan pada 2014.

Beliau berkata Bajet 2015 merupakan belanjawan "pro-rakyat" yang meliputi langkah bagi mengurangkan beban kos hidup.

Najib juga berkata bajet itu juga akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik.

Perdana menteri juga menyatakan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"BR1M akan terus menjadi sebahagian manifesto kami. Ia sebahagian daripada rasionalisasi subsidi. Dengan mengubah subsidi menyeluruh kepada sokongan lebih bersasar, kamu akan memperoleh nilai yang lebih baik untuk wang," katanya.

About Izikit

«
Next
Kebimbangan subsidi dipotong secara drastik dalam Bajet 2015
»
Previous
Jerebu selubungi Malaysia

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .