headlines

    2:03 PM
» » Jerebu selubungi Malaysia


Asap menyelubungi ruang udara Malaysia pagi ini dengan sekurang-kurangnya 6 kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat iaitu melebihi 100 pada indeks pencemaran udara (IPU), yang tertinggi 126 di Nilai, Negeri Sembilan.

Kawasan lain dengan IPU tidak sihat ialah Pelabuhan Klang (117); Seremban (111); Putrajaya (105); Batu Muda di Kuala Lumpur (104); dan Banting (102), menurut Jabatan Alam Sekitar.

Kebanyakan pencemaran udara berpunca dari sumber tempatan, tetapi letupan gunung berapi di Indonesia, iaitu di Gunung Sinabung di Sumatera sepanjang empat hari lepas menyebabkan asap tebal memenuhi langit.

Gunung berapi itu, yang aktif sejak September tahun lepas, meletup pada Februari, membunuh 16 orang dan memaksa beribu orang meninggalkan rumah mereka di kepulauan barat Sumatera. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan minggu ini.

Menurut bacaan IPU yang dicatatkan pukul 7 pagi ini, kawasan lain di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan berada pada tahap sederhana dengan Cheras (93), Shah Alam (99), Petaling Jaya (97), Kuala Selangor (91), dan Port Dickson (94).

Kawasan lain yang menunjukkan IPU sederhana adalah Kota Tinggi (53), Larkin Lama (59), Muar (78), Pasir Gudang (60), Alor Setar (52), Sungai Petani (60), Kota Bharu (52), Tanah Merah (52), Bandaraya Melaka (80), dan Bukit Rambai (95).

Di Kuantan (71), Jerantut (70), Ipoh (72) Tanjung Malim (72), Perai (58), USM (71), dan Kuching (58).

Manakala kawasan lain mencatatkan kualiti IPU di paras yang baik.

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

About Izikit

«
Next
Najib tegaskan pengurangan defisit dalam Bajet 2015
»
Previous
CUEPACS tuntut kenaikan gaji 30 peratus

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .