» » 'M'sia boleh bina 40 universiti setiap tahun dengan subsidi minyak'


Putrajaya boleh membina 40 universiti baru dengan jumlah wang yang dibelanjakan untuk subsidi bahan api saban tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Beliau mempertahankan tindakan Putrajaya awal bulan ini menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, mengatakan sesuatu yang bodoh untuk meneruskan subsidi yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira latarbelakang.

Katanya, RM2 bilion yang dibelanjakan setiap bulan untuk subsidi bahan api boleh digunakan dengan cara yang lebih baik.

"Dengan RM24 bilion dihabiskan setiap tahun untuk subsidi bahan api, wang sebanyak itu boleh digunakan untuk membina lebih dari 40 universiti di Malaysia," kata Ahmad.

"Rakyat mungkin tidak sedar ini, tetapi kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional di Putrajaya ialah satu daripada yang terbaik di dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kakitangan kanan Lembaga Hasil Dalam Ngeri (LHDN) di Cyberjaya, merasmikan taklimat Bajet 2015.

Memberi satu lagi contoh, Ahmad berkata jumlah RM2 bilion yang dibelanjakan untuk subsidi bahan api setiap bulan itu boleh digunakan untuk membina "2,000 balai masyarakat berhawa dingin sepenuhnya di seluruh Malaysia."

Ahmad menegaskan harga bahan api dan diesel Malaysia masih lebih murah berbanding negara jiran Singapura dan Thailand di mana harga RON95 masing-masing RM3 dan RM5 seliter.

Harga runcit bahan api RON95 di Malaysia pada masa ini ialah RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sebelum ini.

Tetapi kajian menunjukkan kurang daripada 3% rakyat Malaysia menggunakan bahan api premium RON97, membuktikan ramai yang memilih minyak bersubsidi, termasuk golongan kaya, bermakna Putrajaya perlu betulkan "ketidakadilan" ini, katanya.

"Seorang penunggang motosikal mengisi tangki penuh sebanyak 7.6 liter, seorang yang memandu BMW atau Volvo mengisi tangki penuh sebanyak 76 liter.

"Bermakna pemandu kereta mewah menikmati 10 kali subsidi berbanding penunggang motosikal. Putrajaya sebenarnya cuba membetulkan satu ketidakadilan," Ahmad berkata.

"Kalau Putrajaya teruskan skim subsidi sekarang ini, maka jutawan seperti Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Robert Kuok pun akan mendapat manfaat.

"Putrajaya cuba memanfaatkan subsidi itu bagi memastikan ia hanya memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dan golongan berpendapatan rendah, dan bukan membiarkan semua orang mendapat manfaat daripadanya."

"Memberi subsidi kepada golongan kaya dan elit ialah satu prinsip yang bodoh. Jadi, jangan marah dengan kenaikan harga bahan api baru-baru ini," katanya kepada sekitar 200 kakitangan kerajaan yang menghadiri taklimat itu.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .