» » 85,000 peminjam PTPTN tidak dapat lagi ke luar negara


Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara 701,266 rakyat Malaysia yang disenarai hitam Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Menurut The Star, perangkaan terbaru menunjukkan kira-kira 85,000 peminjam PTPTN yang tidak membayar semula pinjaman mereka tidak akan dapat lagi keluar negara.

"Selagi anda berada di dalam senarai hitam, anda tidak akan dibenarkan melepasi pemeriksaan imigresen, meskipun anda mempunyai tiket penerbangan yang sah," kata Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen Ibrahim Abdullah seperti dilaporkan The Star.

"Tidak kira sama ada anda merancang untuk meninggalkan negara menerusi kapal terbang, jalan raya, kereta api atau perjalanan laut."

Menurut The Star, Jabatan Imigresen menasihatkan rakyat Malaysia untuk membuat semakan status perjalanan terlebih dahulu sekiranya ada halangan untuk meninggalkan negara ini.

Selain itu, pesalah cukai dan mereka yang mempunyai rekod jenayah turut berdepan dengan sekatan di pemeriksaan di pintu sempadan atau di lapangan terbang.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris itu, setakat 3 September lalu, sekatan ke luar negara yang dilakukan oleh jabatan itu termasuk mereka yang diisytiharkan bankrap. Seramai 277,693 rakyat Malaysia disenarai hitam oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, rakyat Malaysia yang tidak mematuhi undang-undang imigresen negara asing seperti tinggal lebih masa atau menyalahgunakan visa perjalanan mereka turut disenarai hitam.

Ibrahim berkata sekatan itu mungkin menghalang pesalah tersebut untuk memasuki semula ke negara berkenaan dan maklumat ini akan dikongsi dengan jabatan imigresen tempatan, seperti Malaysia di mana ia akan meletakkan pesalah dalam senarai pemerhatian.

Seramai 32,516 rakyat Malaysia di dalam kategori ini kerana tinggal lebih masa di negara lain, serta 115,803 warga asing yang mempunyai kesalahan yang sama dengan menetap lebih masa di Malaysia dan mereka turut dikenakan sekatan daripada meninggalkan negara ini.

"Jika mana-mana rakyat Malaysia yang berada dalam senarai pemerhatian cuba untuk meninggalkan negara ini, mereka akan dihalang dan dibawa untuk siasatan sehingga diyakinkan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan yang sama di negara lain lagi," kata Ibrahim seperti dilaporkan The Star.

Pesalah cukai yang degil juga menunjukkan jumlah yang ramai dalam senarai hitam perjalanan ke luar negara di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan 135,111 orang.

The Star pada 26 Ogos lalu melaporkan pesalah cukai tidak akan dibenarkan ke luar negara sehingga mereka membayar cukai yang diwajibkan.

Sekatan yang sama turut dikenakan terhadap mereka yang mempunyai isu tertunggak dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti mereka yang gagal untuk memfailkan potongan KWSP menyaksikan seramai 10.219 rakyat Malaysia dan 532 warga asing disenaraikan mengikut kategori ini.

Manakala 133,314 bukan warganegara dihalang daripada meninggalkan negara ini kerana taraf kerakyatan mereka ditarik balik atau permohonan mereka ditolak Jabatan Pendaftaran Negara.

Menurut The Star, daripada jumlah itu, 88,830 memasuki negara ini secara haram dan diklasifikasikan sebagai Kes Tanpa Izin Jabatan Imigresen.

Menurut Ibrahim, seramai 210 rakyat Malaysia turut berada di dalam kategori ini, yang merujuk kepada mereka yang dikenal pasti Kementerian Dalam Negeri kerana terlibat dengan aktiviti membabitkan pekerja asing tanpa izin.

Beberapa kategori lain berkaitan jenayah turut disenarai hitam, termasuk mereka di bawah pemerhatian polis (15,699 kes), dakwaan berkaitan dadah (7,673 kes) dan jenayah (5,090 kes).

Terdapat juga 4,953 rakyat Malaysia yang disekat ke luar negara kerana tidak mematuhi peraturan kastam.

Menurut Ibrahim, untuk menyemak sekatan ke luar negara, pengguna hanya perlu memasukkan nombor MyKad di portal semakan status perjalanan di http://sspi2.imi.gov.my/.

"Jika mereka dikenakan sekatan, mereka perlu tampil sendiri ke bahagian keselamatan dan pasport Imigresen berdekatan, dan mereka akan diberitahu kenapa mereka tidak dibenarkan meninggalkan negara ini.

"Ia bagi mengelakkan daripada penyalahgunaan identiti oleh pihak ketiga kerana kita tidak mahu maklumat sulit didedahkan kepada mereka yang menyamar," kata Ibrahim.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .