Polis diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tidak
mengganggu pendengaran kes sivil melibatkan seorang bekas pemandu dengan
pelakon Zahida Mohamed Rafik, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Menteri
Pembangunan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal.
Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Keng selepas
peguam bekas pemandu Noor Azman Azemi, Latheefa Koya memberitahu hakim
kemungkinan ugutan atau penangkapan ke atas anak guamnya.
HakimHue
selepas itu bertemu dengan kedua pihak di kamarnya, dan kemudiannya memanggil
seorang polis berpakaian preman.
Hakim
Beliau kemudian mendapati polis akan menangkap Noor Azman hari
ini, selepas mendapat arahan sejak Julai lalu atas tuduhan pecah amanah.
Bagaimanapun Hakim Hue mengarahkan tiada gangguan terhadap kes
sivil itu sehingga Noor Azman selesai memberi testimoni beliau.
Noor Azman, 40, yang kini bekerja sebagai pemandu teksi memberitahu mahkamah bahawa Zahida dan Shafie Afdal, yang juga naib presiden Umno mempunyai hubungan intim dan beliau sendiri pernah bertindak sebagai pengantara antara keduanya.

Bagaimanapun Zahida Rafik dan Shafie Afdal sebelum ini telah
menafikan dan mengugut untuk menyaman Noor Azman berikutan dakwaan tersebut.
Pendengaran kes ini akan disambung esok.
sumber
Pendengaran kes ini akan disambung esok.
sumber
No comments: