Menjelang pembentangan Bajet 2015, DAP mendesak Putrajaya menjelaskan hutang berskala besar RM36 bilion ditanggung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disifatkan sebagai membebankan kewangan kerajaan.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan implikasi hutang tersebut semasa pembentangan Bajet 2015 Jumaat ini.
"Ia sangat penting bagi Najib menerangkan dalam ucapan Bajet 2015 tentang impak dan implikasi hutang RM36 bilion 1MDB kepada kewangan kerajaan," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Kegagalan berbuat demikian membuktikan Najib cuba menyembunyikan sesuatu daripada khalayak ramai, katanya.
"Sebarang pengumuman perdana menteri tanpa merujuk kepada hutang besar 1MDB menunjukkan sesuatu sedang disembunyikan."
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut mendesak penjelasan daripada beberapa projek kontroversi dan dana yang disimpan di sebuah Kepulauan Caribbean.
Menurut Singapore Business Times, penjadualan semula hutang menjadi tinggi pada kadar 2.5% ke atas kos dana tahunan selain yuran pendahuluan RM20-30 juta.
Laporan itu berkata ancaman sebenar keingkaran itu "mengganggu kumpulan perbankan utama Malaysia dan juga pengawal selia perbankan negara, Bank Negara."
Malah, tekanan kewangan yang dihadapi 1MDB juga mengheret sama kerajaan berdepan risiko dan terpaksa mengambil langkah campur tangan.
"Tekanan kewangan 1MDB sangat serius hingga kerajaan terpaksa melanggar janji untuk adil kepada pasaran dan mengadakan tender terbuka dalam kontrak Pengeluar Janakuasa Bebas (IPP) bagi memastikan kos terendah bekalan elektrik kepada Tenaga Nasional Bhd," katanya.
1MDB menang dua bidaan projek IPP walaupun tidak menawarkan harga paling rendah, projek loji kuasa solar 50MW pada Mac dan satu lagi projek loji kuasa gas 2,400 MW pada Ogos tahun ini.
"Tindakan di atas jelas amalan penyelamatan yang mahal oleh Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan 1MDB memperoleh pendapatan yang cukup dengan menyenaraikan projek loji kuasa mereka.
Pua juga mempersoalkan dana yang disimpan 1MDB di Pulau Cayman, di mana memiliki aset cair misteri sejumlah RM7.18 bilion.
Ironinya panggilan tunai yang besar adalah bahawa 1MDB sebenarnya mempunyai RM7.18 bilion dalam aset cair misteri melabur luar pesisir di Kepulauan Cayman.
Pelaburan itu hanya menjana pulangan 5.76% yang mengecewakan dicatatkan pada tahun 2013 walaupun kos dana untuk 1MDB melebihi 6%.
"Perdana menteri perlu memberi jawapan menyakinkan mengapa dana ini berada di tempat syurga cukai rahsia yang tidak dibawa pulang ke negara untuk membiayai projek tempatan 1MDB," katanya.
Selain itu, Pua juga menuntut Najib memberi penjelasan mengenai langkah 1MDB membeli 238 ekar tanah di Pulau Pinang bernilai RM1.38 bilion.
"Selepas hampir setahun, 1MDB tidak berbuat apa-apa ke atas pembelian tanah tersebut yang dibayar menerusi pinjaman institusi kewangan," katanya.
Putrajaya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu berjanji untuk membina sebanyak 9,999 unit rumah mampu milik.
Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membangkitkan isu melibatkan syarikat pelaburan milik kerajaan itu.
Badan bukan kerajaan (NGO) pemantau rasuah, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) juga turut memberi tekanan kepada Najib supaya menjejaskan status dan kedudukan syarikat pelaburan negara tersebut.
sumber




No comments: