» » Bukit Aman tubuh jabatan bertindak terhadap polis salah guna kuasa


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu jabatan baharu bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didapati menyalahguna kuasa termasuk mengamalkan rasuah dan cuai, lapor akhbar The Star hari ini.

Ditubuhkan mengikut model biro siasatan dalaman Jabatan Polis New York (NYPD), pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) itu mempunyai kuasa menyerbu balai polis bagi mengambil tindakan ke atas polis yang bersalah.

Pengarah JIPS, Datuk Zubaidah Md Ismail berkata, unitnya akan memastikan setiap anggota polis akan disiasat dan diperiksa secara rawak.

"Kami perlu memperbaharui integriti kami melalui pemeriksaan dan keseimbangan.

"Mungkin ada sebahagian anggota dalam pasukan tidak akan menyukainya tetapi inilah masanya untuk kita melihat diri kita sendiri dan mengubah apa yang perlu diubah," katanya sepetik dipetik akhbar berbahasa Inggeris tersebut.

Menurut akhbar itu, secara asasnya JIPS diberi kuasa mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didapati cuai atau malas ketika menjalankan tugas termasuk yang tidak jujur dan terbabit dengan jenayah.

Zubaidah berkata, dengan adanya JIPS, polis boleh bertindak menentang rasuah melalui tindakan proaktif, bukan hanya menunggu sehingga laporan dibuat.

"Pencegahan lebih baik daripada mengubat. Sebelum JIPS, polis menggunakan pendekatan bertindak balas, iaitu dengan hanya bertindak apabila aduan dibuat," katanya kepada The Star.

Katanya, beberapa tahun lalu, NYPD juga tidak lari daripada imej korupsi tetapi mereka berjaya membanteras masalah tersebut dengan pemantauan rawak dan menyasarkan ujian integriti ke atas setiap pegawainya.

Zubaidah berkata, dengan pembentukan jabatan baru itu, Lembaga Displin Polis turut akan diserap masuk ke JIPS.

Katanya, JIPS juga akan memastikan pegawai polis memenuhi dan mengikuti standard dan piawaian ditetapkan ketika menjalankan tugas mereka.

"Kita akan menghantar pegawai kita dan membuat serbuan ke atas premis tanpa pengetahuan Ketua Polis Dareah sekiranya tidak ada tindakan diambil apabila aduan dibuat," katanya.

Selain itu, katanya, beliau menggesa rakyat Malaysia tidak menawarkan rasuah kepada anggota polis dan memberi amaran akan mengambil tindakan sekiranya ia terjadi.

Pada masa sama, Zubaidah berkata kira-kira 695 kes salah guna kuasa dilaporkan membabitkan pegawai kanan dan polis berpangkat rendah antara Januari dan September tahun ini.

Katanya, pada tahun ini, terdapat peningkatan sebanyak 95 kes.

"Masalah besarnya apabila kita berdepan dengan salah guna kuasa di kalangan pegawai polis termasuk perkhidmatan yang tidak memuaskan. Dan korupsi adalah perkara kedua.

"Kita jangka angka kes salah guna kuasa akan meningkat ketika kita kini dalam peringkat pelaksanaan pembersihan hingga ke teras," katanya.

Bagi korupsi melibatkan polis, 109 kes dilaporkan sehingga September berbanding 114 pada 2013.

Jumlah paling tinggi dicatatkan pada 2012 melibatkan 194 kes di kalangan pegawai kanan dan anggota polis pangkat rendah.

"Daripada 109 kes tahun ini, 93 darinya sudah ditahan dan empat didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .