» » 4 Wanita Berjemur Separuh Bogel Di Port Dickson


Tindakan empat wanita berjemur separuh bogel di Pantai Saujana di sini menggemparkan orang ramai.

Seorang saksi berkata, empat wanita tersebut yang hanya berbikini tidak mempedulikan orang ramai yang memerhatikan gelagat mereka.

Katanya, tiga daripada wanita itu dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an manakala seorang lagi dalam 40-an terlebih dahulu berenang di pantai itu.

Kira-kira pukul 3 petang pantai itu tidak dipenuhi ramai pengunjung.

"Namun, sebaik sahaja orang semakin ramai, keempat-empat wanita itu berhenti berenang dan kembali ke daratan.

"Mereka kemudiannya berbaring di atas pasir pantai dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling," katanya.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat wanita itu menginap di mana-mana hotel berdekatan pantai tersebut.

Saksi berkata, wanita itu tanpa segan silu terus berada di pantai tersebut tetapi kemudiannya berasa tidak selesa dengan tindakan orang ramai yang memerhatikan mereka.

"Mereka bangkit dan berlalu pergi. Tiada siapa tahu ke mana mereka pergi atau sama ada mereka meninggalkan kawasan itu," katanya.

Seorang lagi saksi mendakwa kesemua wanita tersebut menanggalkan bikini mereka sebaik sahaja selesai berenang dan kembali ke pantai.

"Orang ramai terkejut tetapi mereka tidak peduli sama sekali. Saya rasa mereka tidak tahu adalah menjadi satu kesalahan untuk berada di pantai dalam keadaan separuh bogel," katanya.

Seorang pegawai Majlis Perbandaran Port Dickson berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

"Kita akan hantar pegawai untuk siasat," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .