» » Wan Sharmila Tidak Mahu Melenting Dengan Gosip Kahwin


Pelakon berbakat Wan Sharmila tidak mahu menjadikan gosip yang menyatakan dia bakal berkahwin tahun ini sebagai satu perkara besar.

Baginya segala gosip yang timbul merupakan pengajaran bagi pelakon berusia 33 tahun ini untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Wan Sharmila atau mesra dengan panggilan Lala lebih selesa tidak berkongsi cerita mengenai soal cinta dan menyerahkan ketentuan dan jodoh kepada Allah.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai cinta. Cukuplah gosip yang menyatakan saya bakal berkahwin itu sebagai pengajaran bagi saya untuk berhati-hati dalam memberikan kenyataan.

“Sebagai manusia, memang saya ada sedikit rasa down bila dengar berita tersebut tetapi saya tidak mahu menjadikan ia sebagai masalah besar bagi saya. Tidak perlulah saya memanjangkan lagi hal ini.


“Mungkin ini adalah dugaan yang terpaksa saya tempuhi. Dalam industri ini kalau kita cepat melenting, orang akan anggap kita riak. Apa yang penting adalah kita perlu hati-hati dengan percakapan,” katanya kepada Mangga Online ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Hanya Satudi Empire Shopping Gallery, Subang, semalam.

Dalam pada itu, pelakon Ariana Rose ini tidak tahu bagaimana gosip itu boleh timbul dan menyifatkan berita tersebut sebagai tidak masuk akal. Dia akui agak kecewa dengan penulis dalam sebuah keratan akhbar kerana kenyataannya diputar belitkan.

Sementara itu, Wan Sharmila kini menjayakan watak dalam web siri Hanya Satu yang turut menampilkan Syarif SleeQ dan Kilafairy sebagai watak utama, Qhaud Rashid, Fezrul Khan bersama bintang jemputan Altimet, Anzalna Nasir, RJ dan Raja Farah.

Drama tersebut bakal disiarkan di www.tonton.com.my bermula 15 September hingga 17 September, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah hari.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .