» » 'Tidak wajar ada persepsi negatif terhadap guru'


Masyarakat tidak wajar mempunyai persepsi negatif terhadap guru yang sentiasa komited dan ikhlas dalam mendidik anak-anak mereka rentetan beberapa isu berbangkit ketika ini.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata mereka harus sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada warga pendidik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang besar itu.

"Majoriti guru adalah baik dan sememangnya kuat bekerja dan amanah. Kita tidak boleh menyalahkan semua kerana ada beberapa yang disyaki dan ditangkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Idris mengajak pelbagai pihak bersama-sama dengannya mengucapkan 'terima kasih cikgu,' khususnya kepada guru yang mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Sehingga semalam, polis menahan 2 guru lelaki berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 14 orang.

Daripada jumlah itu, 12 yang ditahan adalah guru, selain seorang ejen insurans dan seorang jurutera.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .