» » S'okong ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris'


Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) adalah penting kerana dominasi dan penggunaan meluasnya dalam kalangan masyarakat saintifik sedunia, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem .

Beliau menyambut baik PPSMI yang dicetuskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003 bagi menangani kemerosotan pengusaan bahasa itu dalam kalangan pelajar tempatan.

Katanya kemerosotan ketika itu disebabkan antaranya polisi terdahulu yang menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara yang dipercayai mengehadkan keupayaan untuk menerima dan menyebarkan bahasa saintifik.

"Namun pada 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan keputusan untuk menarik eksperimen selama enam tahun mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berikutan kajian mendapati kefasihan yang rendah dalam kalangan pelajar dan guru terutama antara bandar dan luar bandar serta latar belakang sosioekonomi yang berbeza.

"Ketidakupayaan guru untuk menyampaikan secara berkesan konsep saintifik dan matematik membawa kurang penyertaan dan keterujaan dalam subjek Sains dan Matematik," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri Muda di Pejabat

Ketua Menteri, Datuk Len Talif Salleh pada pembukaan simposium pertubuhan antarabangsa ke-16 bagi pendidikan sains dan teknologi di Kuching hari ini.

Adenan menyeru para peserta berkongsi pengalaman pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di negara masing-masing dengan para peserta simposium dari 18 negara lain pada simposium selama seminggu itu.

Beliau turut menyeru perwakilan tempatan membuat hubungan dengan rakan antarabangsa mereka dan bekerjasama menerusi kajian dan pembangunan pendidikan sains dan teknologi.

Beliau berkata Sarawak mengenal pasti keupayaan teknikal sejak awal pembentukan modal insan menerusi gabungan kreativiti, inovasi dan menambah pemikiran kritis dan pembangunan masa depan setiap negara adalah berdasarkan kepada kemahiran dan kebolehan rakyat dalam sains dan teknologi.

Perlu ada persekitaran pendidikan sains dan teknologi bagi mewujud dan mempromosi kesedaran awam dalam menangani isu seperti alam sekitar, perubahan iklim, berlebihan penggunaan dan pertumbuhan ekonomi dalam sistem tertutup, katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .