» » 'Perlu Akta Koroner untuk hakim siasat kes kematian mencurigakan '


Putrajaya perlu memperkenalkan Akta Koroner bagi memberi kuasa kepada pegawai kehakiman menyiasat kes kematian dalam tahanan yang mencurigakan, kata peguam jenayah selepas mahkamah atasan mengarahkan satu kes kontroversi dibuka semula.

Mereka berkata, peruntukan sedia ada dalam Kanun Acara Jenayah tidak mencukupi untuk menentukan sebab sebenar kematian kerana siasatan dijalankan polis, termasuk dalam kes di mana polis sendiri merupakan suspeknya.

Mereka berkata, Mahkamah Koroner sekarang, yang hanya menaik taraf hakim Mahkamah Sesyen sebagai pegawai kehakiman untuk mempengerusikan sesuatu inkues kematian, hanya sekadar 'window dressing exercise' (muslihat untuk menutup mata).

Mereka mengingatkan Putrajaya, wang pembayar cukai digunakan setiap kali mahkamah mengarahkan pembayaran ganti rugi dibuat kepada waris terlibat dalam kes saman sivil.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata kematian dalam tahanan menjadi isu lama dan berpanjangan di negara ini, sambil menyifatkan inkues yang diadakan juga gagal kerana ia akan berakhir dengan keputusan terbuka.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .