Pengenalan julung kali bagi model Apple Watch dan iPhone 6 jelas memenuhi kehendak trend untuk 'phablet' iaitu telefon pintar bersaiz lebih besar.
Peranti pergelangan tangan Apple Watch menghubungkan dengan iPhone, "akan mentakrif semula apa yang orang ramai jangkakan daripada kategori ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook pada majlis memperkenalkan gajet terbaharu keluaran syarikat itu pada Selasa.
Telefon pintar iPhone 6 mempunyai skrin bersaiz 4.7 inci dan 6-Plus dengan ukuran 5.5 inci membolehkan Apple memberikan pilihan kepada pengguna untuk paparan lebih besar.
Apple berkata, peranti itu akan berada di sekurang-kurangnya 115 negara menjelang akhir tahun ini dan tempahan untuk model iPhone akan dibuat bermula Jumaat ini.
PS : untuk maklumat lanjut dan spesifikasi, boleh klik link dibawah :
http://jomgajet.blogspot.com/2014/09/iphone-6-akhirnya-dilancarkan-secara.html
http://jomgajet.blogspot.com/2014/09/iphone-6-plus-turut-dilancarkan-semalam.html





No comments: