Dr Mahathir berkata tindakan pengganas Islamic State (IS) memenggal kepala wartawan warganegara Amerika Syarikat dan menjadi "jihadis" juga bukan tuntutan agama itu.
"Saya akui, saya sendiri terkejut. Ini langsung tidak menunjukkan ciri-ciri keislaman," tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.
"Mereka yang tewas kepada Nabi Muhammad dan tidak memeluk Islam, tidak dikenakan hukuman. Al Quran berkata: 'Tiada paksaan dalam Islam'," katanya.
Bekas perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu berkata tindakan jihad yang mempunyai kehidupan yang selesa namun masih terlibat dengan keganasan berkemungkinan timbul ekoran sikap negara Barat yang tidak simpati terhadap masyarakat Islam yang ditindas.
"Tiada rasa belas ikhsan oleh masyarakat Eropah dan Amerika Syarikat, malah Amerika memberikan bantuan dana dan senjata kepada Israel untuk membunuh lebih ramai umat Islam dan memusnahkan kediaman dan bandar mereka," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata, masyarakat Islam masa kini tidak mempunyai pemimpin berwibawa seperti Salahuddin Al Ayubi dan sejak berabad lamanya membenarkan diri mereka menjadi lemah malah mengingkari perintah Allah.
"Cuba kita lihat rekod Eropah, terutamanya selepas mereka mencipta Israel. Sekarang meskipun mereka menafikannya, mereka memerangi umat Islam dan menggelarnya peperangan menentang keganasan. Tapi ia merupakan lanjutan Perang Salib sejak beberpa abad dahulu.
"Sekarang tiada satu pun kerajaan Islam di dunia yang berani mencabar Eropah," kata Dr Mahathir, dan menambah, kebanyakan mereka melihat masyarakat Eropah sebagai “berkuasa”, katanya.
"Menjangkakan tiada pertolongan daripada kerajaan Islam, mereka yang marah dan kecewa membalas dendam terhadap Eropah. Melalui kaedah ini, mereka mengajar versi pengajaran Islam untuk mempengaruhi orang muda dan bersedia untuk berperang dan mengorbankan nyawa," katanya.
"Kebanyakan umat Islam percaya meninggal dunia mempertahankan Islam adalah mati syahid dan menerima balasan syurga.
"Tidak sukar mempengaruhi golongan belia atas nama ketidak adilan dan tekanan terhadap Muslim dan peperangan menentang barat adalah perang suci," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata,peperangan menentang Eropah tidak menjanjikan kemenangan mudah, dan disebabkan itu, jihadis bersedia memenggal kepada masyarakat negara berkenaan dan merakamnya untuk dilihat seluruh dunia.




No comments: