Bukan mudah untuk peroleh kemerdekaan kerana ramai pejuang menentang penjajah dengan pelbagai cara selama puluhan tahun untuk memerdekakan tanah air. Kini, kita sebagai generasi muda hidup dalam aman dan makmur tanpa perbalahan dan konflik. Justeru, apa salahnya jika kita mengambil peluang ini berfikir sejauh mana nilai patriotisme diterapkan dalam diri kita.
Kemerdekaan Tanah Melayu yang diperoleh pada 31 Ogos 1957 sudahpun cukup menggamit kenangan dan menimbulkan semangat patriotisme dalam hati semua orang.
Terbukti, semangat kekitaan dan memori dalam mengenang kembali jasa dan penat lelah pejuang negara tetap tersemat di hati. Justeru, pembentukan Malaysia yang dilakukan pada tanggal 16 September 1963 pula sememangnya dianggap detik baru yang bersejarah apabila ia membabitkan usaha perdana menteri kita yang pertama dalam mencapai matlamat untuk memerdekakan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura daripada cengkaman penjajah.
Usaha murni dilakukan itu berjaya menjadikan Malaysia unik dengan wujudnya budaya dan kaum yang pelbagai. Tidak cukup dengan itu, Malaysia antara negara yang aman makmur di rantau Asia.
Tapi apa yang pasti, itu semua tidak mematahkan semangat anak muda untuk terus menghidupkan identiti 1 Malaysia yang kini semakin tersemat dalam hati generasi muda.
Siapa kata generasi muda tidak memahami erti perpaduan. Prinsip setia pada negara dan patuh pada undang-undang sentiasa diamalkan oleh anak muda demi mengekalkan perpaduan kaum dan menghayati cebisan memori kemerdekaan yang menggamit semangat juang kita untuk terus berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju jaya.




No comments: