» » 'Generasi muda suka makan gaji berbanding jadi usahawan'


Kajian menunjukkan kecenderungan generasi muda di Malaysia untuk menjadi usahawan masih rendah ‎berbanding negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, generasi muda sebaliknya lebih mengharapkan bekerja di bawah majikan ‎berbanding menceburkan diri dalam industri keusahawanan.

"Belia kena ada idea, tak boleh harap makan gaji sahaja," katanya ketika merasmikan Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (Great 2014) di Cyberjaya, hari ini.

Beliau berkata, sebagai kerajaan yang mendengar suara anak muda, pihaknya menyediakan pelbagai saluran dan program dengan harapan dapat membangunkan generasi baru yang punya daya keinginan menjadi usahawan.

Namun, katanya generasi muda perlu mengubah pemikiran minda mereka daripada terus bergantung harap kepada majikan.

Katanya, antara ciri penting menjadi usahawan berjaya adalah seseorang itu perlu mempunyai idea, kemahiran ‎serta berjiwa besar sekaligus dapat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

"Kita adalah kerajaan yang mendengar suara anak muda.

"Kita akan pastikan orang muda ada tempat selagi ada idea dan kemahiran," katanya.

Great 2014 berlangsung selama empat hari hasil inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia.

Najib turut melancarkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC)‎, agensi sokongan selain menawarkan kemudahan untuk usahawan.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .