» » 'Boikot McDonalds juga boleh berlaku kepada akhbar berbahasa Inggeris di M'sia'


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin memberi amaran tidak mustahil orang Melayu akan memboikot akhbar harian bahasa Ingggeris The Star kerana pendirian anti Melayu dan anti Islamnya.

Bekas ahli politik Umno itu berkata, tindakan memboikot rangkaian restoran makanan segera terkenal McDonalds atas nama solidariti kepada penduduk Palestin di Gaza yang menghadapi pencerobohan Israel, dilihat sebagai tanda kuasa membeli di negara ini majoritinya dikuasai kaum Melayu.

"Peristiwa pemboikotan terhadap McDonalds yang pertama kali berlaku di Malaysia menunjukkan kuasa beli orang Melayu semakin kuat dan tinggi dan hal ini boleh berlaku kepada Coca Cola, kepada syarikat-syarikat Cina yang menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST, dan juga kepada akhbar The Star sendiri.

"Jika ia terus menunjukkan sikap anti Melayu dan anti Islam dengan memomokkan orang Melayu dan Islam sebagai pelampau dan rasis kerana mempertahankan kedaulatan perlembagaan," katanya dipetik melalui blognya zamkata.blogspot.com, hari ini.

Zainuddin juga menuduh akhbar itu berselindung di sebalik MCA dan beberapa wajah Melayu supaya dapat menarik kaum Melayu dan Islam di negara ini untuk membaca dan memberi perhatian kepada kandungan akhbar itu.

"Inilah juga wajah The Star dengan berselindung di sebalik MCA dan beberapa muka Melayu," katanya.

Katanya, antara personaliti Melayu yang digunakan akhbar itu ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir di mana kebanyakan pandangan dan pendiriannya tidak disenangi bekas perdana menteri itu sendiri.

Beliau mendakwa, kempen terbaru akhbar harian itu mengenai kesederhanaan, digelar "Pandangan Berani, Idea Berani," menyelitkan sebuah gerakan baru Negara-Ku yang memperjuangkan perpaduan, walhal ia diharamkan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

"ROS mengharamkannya kerana kemungkinan dengan nama itu dan gerakan mereka di luar Perlembagaan Negara akan mengelirukan rakyat," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .