» » 'Allana Amir minta peminat doakannya sembuh'


“Maafkan saya… Saya rasa dah tak lama dah (hayat),” luah pelakon Allana Amir kepada wartawan URTV, Deel Anjer dengan sayu.

Allana sedang berehat di rumah setelah dua bulan dirawat di sebuah hospital kerana jangkitan paru paru. Dia dibenarkan keluar Sabtu lalu.

Dia yang kurus dengan berat 46kg juga mohon peminat mendoakannya untuk kembali sembuh seperti sediakala.

“Pada awalnya doktor tak boleh kesan, selepas badan saya susut macam ni barulah dapat kesan.

“Rasa sakit sangat sampai nak mandi pun tak boleh sebab badan rasa kena gunting kalau kena air. Nak makan pun tak boleh sebab muntah balik.

“Kalau sejuk sangat saya mudah pitam,” katanya melalui aplikasi What Apps.

Dibawah ialah gambar terbaru Allana .


Dia harap bila ada yang tahu pasal keadaan dirinya ada yang sudi mendoakannya.

“Kalau awak sudi, tulislah cerita saya biar peminat mendoakan saya,” ujarnya lagi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .