» » 19 guru antara 30 individu disiasat isu UPSR bocor


Polis telah setakat semalam mengambil keterangan daripada 30 individu untuk membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata mereka terdiri daripada lapan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), seorang pegawai Kementerian Pendidikan, seorang jurutera, seorang wartawan serta 19 guru.

"Polis menjangkakan akan ada tangkapan lagi dalam masa terdekat, kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh seminggu," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, 11 daripada 14 individu yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini, manakala tiga lagi masih direman sehingga esok.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 September manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum murid mendudukinya pada hari sama.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .