Tentera Israel bagaimanapun akan hanya berundur ke kawasan di sepanjang sempadannya dengan Gaza dan mengambil posisi bertahan sepanjang tiga hari gencatan itu, menurut satu kenyataan oleh jurucakap tentera Israel Peter Lerner kepada wartawan.
Bagaimanapun hanya beberapa minit sebelum berlangsungnya gencatan senjata yang bermula, tentera Israel dan Hamas dilaporkan terbabit dalam insiden berbalas-balas serangan dengan kedua-dua belah pihak dilihat tekad mahu menunjukkan yang ia telah berjaya dalam konflik yang masuk hari ke 29 itu.
Bunyi siren turut kedengaran di Baitul-Maqdis dan Tel Aviv selepas pergerakan Hamas didakwa melancarkan tidak kurang dari 16 serangan roket ke arah Israel.
Di Gaza pula, pesawat tentera Israel dilihat melancarkan tidak kurang dari lima serangan udara, menurut seorang wartawan AFP.
Ini adalah kali kedua dalam tempoh empat hari kedua-dua belah pihak dilihat cuba untuk mematuhi gencatan senjata, dengan kali terakhir pada 1 Ogos lalu yang diusahakan Washington. Ketika itu gencatan senjata hanya berakhir selama 90 minit apabila ia dicabul dengan beberapa serangan.
No comments: