» » 'P'ilihanraya di Selangor undang kehancuran Pakatan'


Pakatan Rakyat akan hancur sekiranya pilihan raya negeri yang baru diadakan di Selangor, kata penganalisis politik Wong Chin Huat.

Wong percaya perkara itu akan berlaku bukan disebabkan rakyat akan mengundi BN sebaliknya kerana mereka tidak akan peduli untuk keluar mengundi.

"Kemudian, anda juga akan mempunyai pihak ketiga, yang hadir dan memecahkan undi dan oleh itu, anda membolehkan BN kembali berkuasa," kata Wong dalam forum tentang krisis menteri besar Selangor malam tadi.

Dalam forum itu juga Wong turut membangkitkan isu yang sama di Kelantan pada 1977 apabila menteri besar pada ketika itu, Datuk Muhammad Nasir dituduh melanggar arahan parti.

Wong berkata Muhammad Nasir diminta meletakkan jawatannya, tetapi beliau enggan berbuat demikian maka berlakulah pilihan raya negeri setahun kemudian yang menyaksikan Umno kembali menawan Kelantan.

"Lihat sahaja Kelantan. PAS akhirnya hanya tinggal dua kerusi," kata Wong.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .