» » 'Najib mungkir janji dalam isu tol di Johor'


DAP mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memungkiri janji yang dibuatnya sendiri membabitkan isu tol di Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Baru (EDL).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata Najib berjanji pada 2012 tiada sebarang tol akan dikenakan kepada pengguna EDL.

"Perdana Menteri perlu datang sendiri ke Johor Baru dan jelaskan mengapa beliau memungkiri dua janji membabitkan EDL kepada rakyat Johor pada 2012," kata Lim.

Najib berjanji kali pertama pada Mac 2012 semasa Jamuan 1Malaysia dan disusuli janji sama semasa di Parlimen pada September 2012, kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah sambil menggesa Najib tidak mengambil mudah janjinya sendiri.

"Najib tidak boleh ambil mudah janjinya sendiri dan perlu jelaskan kepada orang ramai. Setakat ini, Najib masih berdiam diri," katanya.

Penggunaan kadar baru tol berkenaan bermula 1 Ogos lalu, sekaligus mencetuskan kekecohan apabila sebilangan kecil pemandu bas menghalang laluan memasuki Singapura.

Tindakan berkenaan mengakibatkan kenderaan lain, terutamanya bas kilang, tidak dapat meneruskan perjalanan ke Singapura untuk menghantar pekerja.

Pada 26 Julai, Lembaga Lebuhraya Malaysia mengumumkan kadar baru tol arah masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, iaitu bagi kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 masing-masing bernilai RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80, manakala bagi kadar arah keluar bernilai RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .