» » Hefny serius cintai Nad Zainal


Kisah cinta pembaca berita Astro, Hefny Sahad dan pelakon Nad Zainal pernah jadi kontroversi apabila lelakai itu sempat dilabel sebagai perosak hubungan cinta Nad dan bekas kekasihnya, Azwan Kombos.

Apatah lagi hubungan mereka diperkatakan pada saat Nad memutuskan huungan dengan Azwan tanpa berbincang. Azwan pernah mengatakan dia terkejut mendengar cerita bahawa mereka dah putus cinta.

Itu kisah dulu, hari ini masing-masing dah dapat menerima hakikat. Hefny dan Nad juga sudah terbuka bercakap pasal perasaan masing-masing kepada media.

“Dalam hubungan saya memang serius sejak awal kami berkenalan dan ini bukannya masa untuk main-main. Saya memang mahu akhiri hubungan ini ke jenjang pelamin, tapi sekarang ini soal berkahwin itu belum difikirkan lagi sebab masih ada impian yang belum tercapai,” kata Hefny kepada Utusan Malaysia.

Namun sehingga hari ini Nad belum dibawa berjumpa dengan keluarganya di Johor Bahru, Johor sebaliknya dia sendiri sudah mengenali keluarga Nad yang tinggal di Lembah Kelang.

“Agak sukar saya nak bawa dia berjumpa keluarga saya kerana jarak di antara kami, lagipun jadual kami yang agak tak menentu,” katanya lagi.

Hefny juga menyasarkan mahu menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun. Sekarang ini dia dah mencecah usia 27 tahun. Bermakna dia ada masa tiga tahun lagi untuk bergerak ke arah perkahwinan.

Dia juga tidak merancang untuk bertunang sebaliknya terua akad nikah bila tiba masanya nanti.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .