» » PAC gesa pegawai SPRM ditempatkan dalam sektor awam untuk tangani rasuah


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditempatkan dalam sektor perkhidmatan awam bagi menangani rasuah.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (Jitu) yang ditubuhkan kerajaan di setiap kementerian serta jabatan perlu dianggotai SPRM.

"Jika kerajaan mahu memastikan Jitu mahu mempunyai lebih keberkesanan, jawatankuasa berkenaan juga boleh turut melaporkan kepada PAC, yang dapat bertindak sebagai sebuah badan bebas daripada campur tangan eksekutif dalam menangani isu salah guna kuasa dan rasuah dalam sektor perkhidmatan awam," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Penubuhan Jitu adalah inisiatif yang dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Menurut Jazlan, penubuhan Jitu mampu membasmi gejala penyelewengan, pemborosan dan penyalahgunaan (3P) dalam sektor perkhidmatan awam.

"Memang kita perlu akui bahawa ada segelitir arahan datang daripada menteri yang boleh menjurus kepada gejala 3P tetapi dengan adanya pemantauan terus daripada menteri bertanggungjawab yang turut sama mempengerusikan jawatankuasa berkenaan, sebarang penyalahgunaan dapat dikesan dengan lebih awal," katanya.

Selain itu, Nur Jazlan juga mahu semua kakitangan awam turut memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah rasuah serta salah guna kuasa di tempat kerja masing-masing.

"Tidak ada gunanya pelbagai usaha dilakukan kerajaan menangani masalah ini tetapi kakitangan awam gagal memainkan peranan mereka dalam membanteras rasuah serta salah guna.

"Jika, mereka mendapati ada sebarang projek yang tidak menepati prosedur kerajaan dan wujud gejala rasuah serta salah guna kuasa, laporan perlu dibuat dengan segera yang kini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk menggunakan emel," katanya.

Prestasi menangani Malaysia tidak membanggakan walaupun memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh TI-M tahun lalu, naik satu anak tangga daripada kedudukan 54 ke-53 berbanding 2012.

Malaysia berada di kedudukan ketiga bagi skor CPI antara di kalangan negara Asean, Singapura berada pada kedudukan pertama dengan 86 mata dan diikuti Brunei dengan 60 mata.

Berbanding Singapura, kedudukan Malaysia masih jauh ketinggalan malah negara jiran itu yang berada pada tangga ke-5 daripada keseluruhan 177 negara yang mengambil bahagian dalam kajian skor CPI ini.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .