» » 'Masalah peribadi bukan halangan jadi menteri KDN'


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak melihat masalah peribadinya sebagai halangan untuk menjalankan tugas sebagai seorang menteri kabinet.

Menteri dalam negeri itu menganggap masalah yang dihadapinya sebagai satu perkara biasa dan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

“Saya tidak melihat ini sebagai masalah peribadi saya. Sesiapa sahaja yang menjadi menteri dalam negeri, inilah masalah yang perlu mereka hadapi sekarang.

“Saya tidak akan lari daripada masalah kerana saya tetap akan hadapi dan cari penyelesaian kepada masalah tersebut,” katanya dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan keputusan kes saman sivil ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah terhadap Zahid selepas Hakim Vernon Ong Lam Kiat meneliti dokumen berkaitan.

Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli, selaku plaintif memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Zahid yang didakwa mencederakannya.

Dalam tuntutan itu, Amir Bazli mendakwa Zahid menumbuk mukanya dalam satu kejadian pada 16 Januari 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan mahkamah.

Pada 29 Ogos 2009, Zahid memfailkan permohonan membatalkan saman itu dengan alasan ia mengaibkan dan remeh.

Dalam pada itu, Zahid melahirkan rasa kesyukuran kerana kepimpinan di sekelilingnya komited dalam tugas masing-masing untuk menyelesaikan masalah.

Katanya, masyarakat perlu faham bahawa dirinya memikul tugas berat dan kecaman pihak tertentu tidak lagi menjadi keutamannya.

“Saya bersyukur kerana memiliki Ketua Polis Negara yang baik, tegas dan berani. Saya juga bersyukur kerana mempunyai Ketua Setiausaha, ketua pengarah serta pegawai kanan yang komited untuk bersama-sama saya menyelesaikan semua masalah ini.

“Tentu sekali perkara ini bukan secara kebetulan, tetapi bersandarkan kepada bagaimana cara saya mengurus dan mendekati mereka.

“Saya mahu jelaskan bahawa saya tidak akan mengambil kisah soal kecaman asalkan saya bertanggungjawab kepada rakyat, perdana menteri dan negara secara keseluruhannya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai isu militan yang sering hangat diperkatakan, Zahid berkata tugas untuk menanganinya bukanlah terletak di bahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja.

Katanya, erti kata jihad sebenar adalah mempertahankan keharmonian yang ada di bawah kerajaan sekarang dan bukannya menggunakan interpretasi tersendiri untuk menghalalkan pengeboman berani mati.

“Masalah ini juga sebahagian daripada tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), majlis agama negeri dan Kementerian Pendidikan agar dijelaskan definisi sebenar jihad.

“Jihad yang sebenarnya bukan dengan melakukan pembunuhan dan aktiviti keganasan. Jihad sebenar adalah mengikut ajaran Rasulullah iaitu taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan pemimpin.

“Tidak ada satu ayat pun dalam Al-Quran atau sepatah hadis yang menyebut bahawa jihad adalah dengan melakukan perbuatan membunuh diri,” katanya kepada akhbar itu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .