» » Luis Suarez Akhirnya Tinggalkan Liverpool Ke Barcelona


LUIS Suarez, seorang penyerang yang pernah digelar rasis, penipu dan suka menggigit akhirnya meninggalkan Liverpool menerusi perpindahan bernilai £75 juta ke Barcelona.

Liverpool secara rasmi menerima yuran perpindahan tersebut walaupun pada awalnya enggan bersetuju dengan jumlah berkenaan.

Rundingan awal untuk mendapatkan penyerang Uruguay itu tergendala apabila pemain pertukaran, Alexis Sanchez memilih untuk ke Arsenal.

Transaksi tunai oleh Barcelona untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu selesai dilakukan selepas kelab tersebut menjual Sanchez kepada Arsenal pada Rabu lalu.

Suarez kini dalam pergantungan selama empat bulan oleh Fifa selepas mengigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellin pada saingan Piala Dunia.

Suarez berkata, bermain di Sepanyol merupakan impiannya dan berharap penyokong Liverpool tidak marah akan tindakannya.

"Saya dengan berat hati terpaksa meninggalkan Liverpool demi meneruskan hidup baru dan aksi lebih mencabar di Barcelona.

"Keluarga saya juga amat mencintai kelab dan bandar yang terpaksa kami tinggalkan," jelasnya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .