» » Angel Di Maria Setuju Gaji Ditawarkan Manchester United


ANGEL Di Maria dilaporkan semakin hampir menjadi milik Manchester United apabila pemain Argentina itu bersetuju dengan tawaran gaji sebanyak £150,000 seminggu.

United antara kelab yang telah mengadakan perbincangan dengan Di Maria selepas pemain itu menyatakan hasratnya untuk keluar daripada kelab mewah berkenaan.

Media Sepanyol pula melaporkan, United telah bersetuju terhadap gaji Di Maria dan urusan terakhir adalah mengenai pembayaran yuran perpindahan kepada Real Madrid.

Di Maria yang turut mendapat tawaran daripada PSG, Monaco dan dua kelab Itali telah memberi isyarat bahawa dia hanya ke England dan beraksi untuk Liga Perdana Inggeris.

Real Madrid kini dipercayai mahukan yuran perpindahan sebanyak £40 juta bagi melepaskan pemain berusia 26 tahun itu yang dijangka akan dilakukan selepas aksi final Piala Dunia Isnin ini.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .