» » Khalid Ibrahim‎ tidak mahu berundur walaupun PKR pilih Wan Azizah


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas tidak akan berundur dari kedudukannya walaupun PKR mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan dirinya.

Katanya, beliau berpegang teguh kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara khas pelantikan atau pengg‎antian menteri besar.

"Sehingga proses tersebut selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan oleh rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

"Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Selangor mempunyai tatacara pelantikan menteri besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka memberi titah berkaitan kemelut menteri besar dalam satu majlis berbuka puasa di Rawang, petang ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan isterinya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal dalam meneruskan agenda “Langkah Kajang”.

Katanya, keputusan melalui mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) malam tadi juga menyifatkan Dr Wan Azizah mampu memberi kestabilan antara parti Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Mengulas mengenainya, Khalid berkata pihaknya menghormati keputusan PKR namun akan tetap berpegang teguh kepada enakmen negeri mengenai proses lantikan atau penggantiannya.

"Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang diingini," katanya.

Beliau turut memberi jaminan kepada rakyat dan pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .