Sheila, 43, berkata, kemunculan semulanya dalam dua buah drama tersebut adalah bagi memenuhi permintaan yang dibuat oleh pihak stesen televisyen TV3 selepas dua tahun dia menyepi daripada dunia lakonan.
"Kemunculan saya dalam drama-drama pada Ramadan ini yang diterbitkan oleh JS Pictures adalah diminta oleh pihak stesen televisyen, selepas dua tahun saya tidak berlakon, mereka mahu saya ada dalam produk kami itu.
"Jangan salah anggap saya ingin kuasai semuanya, sebab sebelum ini ada saja suara sumbang yang berkata asal JS Pictures sahaja pasti muka saya sahaja yang berlakon," katanya kepada mStar Online.
Tambah Sheila, pada awalnya dia berfikir panjang untuk memenuhi permintaan pihak stesen tersebut berikutan komitmen yang tinggi dalam membantu suaminya iaitu Ringgo bekejra di belakang tabir.
Katanya, dia lebih selesa memberi peluang kepada muka baharu untuk membawakan watak-watak tersebut.
"Saya menimbangkan juga permintaan mereka (TV3) kerana saya banyak kerja di belakang tabir untuk dibuat, bagi saya lebih baik bagi muka baru yang lakonkan.
"Tapi saya akur kerana pihak stesen televisyen ada senarai artis yang mereka mahukan sebelum kita memulakan penggambaran, jadi terpaksa juga kita ikutkan permintaan mereka," katanya.
Sementara itu, Sheila berkata, kemunculannya hanyalah bagi memeriahkan dunia seni tanah air dan pengubat rindu untuk peminat-peminatnya.
Katanya, biarpun tidak aktif kelihatan muncul bersiaran dalam drama-drama tempatan, namun dia kini sibuk dengan kerja-kerja produksi di belakang tabir.
"Saya tidak merajuk dengan lakonan kerana dunia lakonan sudah sebati dengan jiwa saya keraan saya berlakon sejak berusia belasan tahun lagi.
"Saya tidak tinggalkan dunia seni ini sebaliknya sibuk dengan kerja-kerja terbitan sesebuah drama itu," ujarnya.
Drama bersiri Ramadan Jangan Pergi disiarkan di slot Samarinda pukul 10 malam, setiap Selasa hingga Khamis, manakala telefilem Di Pintu Neraka akan disiarkan pada slotCerekarama.
sumber
No comments: