» » Jakel Pilih Zizan Razak & Aaron Aziz Jadi Duta Baju Melayu


Dua selebriti popular iaitu Aaron Aziz dan Zizan Razak dipilih menjadi duta produk tekstil terkemuka, Jakel bagi promosi sempena Aidifitri kali ini.

Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel berkata, pemilihan kedua-dua pelakon tersebut bukan sahaja kerana populariti, malah mempunyai pengikut yang tersendiri.

"Kita tahu kedua-dua mereka ini mempunyai tahap yang tinggi di industri seni dan menjadi ikon kepada masyarakat.

"Saya yakin populariti mereka yang mampu membantu produk baju Melayu keluaran Jakel untuk Hari Raya ini," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Jom Balik Raya Bersama Aaron Aziz dan Zizan Razak, di Jakel cawangan Masjid India, di sini, Sabtu.

Sementara itu, jelas Mohamed Feroz, ia juga memberi peluang kepada peminat kedua-dua artis ini untuk mendapatkan baju Melayu yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Dalam pada itu, katanya, kedua-dua baju Melayu tersebut mempunyai rekaan yang berbeza dari segi penggunaan fabrik dan corak.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .