» » Brazil Dimalukan Lagi, Belanda Duduki Tempat Ketiga


BRAZIL dimalukan sekali lagi apabila ditewaskan Belanda dengan 0-3 dalam Piala Dunia 2014 menerusi perlawanan penentuan tempat ketiga pada awal pagi Ahad.

Belanda yang menang dengan mudah sekali gus menduduki tempat ketiga dalam temasya sukan itu.

Brazil sebelum ini dibelasah Jerman dengan 1-7 pada perlawanan separuh akhir.

Dua gol kemenangan Belanda diraih oleh Robin van Persie dan Daley Blind, pada babak pertama perlawanan.

Georginio Wijnaldum turut memusnahkan hasrat pasukan tuan rumah untuk menembus kekalahan di tangan Jerman apabila memperoleh jaringan ketiga buat Belanda pada waktu kecederaan.

Wijnaldum memperoleh jaringan sebaik sahaja memasuki seminit waktu kecederaan, manakala gol Van Persie dan Blind, masing-masing seawal minit ke-3 dan ke-17.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .